Saturday, November 10, 2007

Buat Duit Dengan Blog : Text-Link-Ads.Com

mendapat 5 atau 6 kali bayaran daripada text-link-ads.com iaitu salah satu program menjana pendapatan dengan blog.
Walaupun hasil yang saya dapat adalah sedikit, namun saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya tahu bagaimana untuk melakukannya. Untuk pengetahuan semua, saya tidaklah begitu fokus dan serius dengan program ini, maka sudah tentulah hasilnya juga sedikit. Saya melakukan program ini bukan sebab suka-suka, tetapi saya mahu menjana pendapatan sampingan secara ‘auto-pilot’ dengan mudah walaupun tidak begitu serius melakukannya.

Setiap awal bulan, saya akan mendapat bayaran daripada pihak text-link-ads.com (TLA) dan jumlah bayaran itu bergantung kepada jumlah link yang dipamerkan di blog saya. Salah satu blog yang dimasukkan untuk program ini adalah blog ebiz iaitu http://blog.smartusaha.com/.

Anda boleh melihat dua link tersebut di bahagian sidebar (tepi) kanan blog smartusaha.com itu. Setiap link tersebut mempunyai nilai tersendiri dan bila cukup sebulan link tersebut berada di blog saya, maka saya akan dibayar oleh pihak TLA. Jika pihak yang meletak link itu mahu link laman web mereka terus berada di blog saya, maka mereka perlu membayar pihak TLA. Begitulah prosesnya.
Ini adalah bukti saya mendapat bayaran sebanyak $64.25 USD bagi bulan Mac 2007:
Ini adalah ’statement’ di akaun PayPal saya:


*Sila klik pada imej tersebut untuk saiz paparan yg lebih besar.
Jelas dan terbukti, kita boleh buat duit dengan blog!

Di lain masa, saya akan kongsi lagi beberapa perkara berkaitan dengan program TLA ini. Cuma syarat asasnya, blog anda mesti ada nilai PR yang tinggi sekurang-kurangnya PR3 (dicadangkan). Blog SmartUsaha.Com mempunyai PR5. Blog anda juga mesti ada ranking yang baik di Alexa.Com iaitu tools yang dapat melihat sejauh mana trafik (pelawat) ke laman web anda. Itulah dua syarat penting untuk menyertai program TLA ini. Jika tidak, blog anda susah untuk diterima oleh pihak TLA atau susah untuk mendapat pembelian link oleh mana-mana pihak.

Usah gusar dan kecewa, kerana anda boleh berusaha ke arah itu. Tingkatkan promosi blog anda untuk dapat trafik dan tingkatkan jumlah backlink untuk dapatkan nilai Google PR yang baik.
Jika anda tidak dapat melakukan program TLA ini, usah kecewa kerana ada lagi cara-cara yang lain. Saya akan kongsikan apakah cara buat duit dengan blog yang mana saya sendiri telah mendapat hasilnya. Ia bukan mitos dan ia bukan karut. Siapa yang usaha, mereka akan dapat. Jumpa lagi.
Bagi anda yang berminat untuk mencuba, boleh mendaftarkan diri anda melalui link berikut:
Daftar Program TLA

No comments: