Thursday, November 15, 2007

Tips Paypal

Saya nak tunjukkan kepada anda betapa kita boleh mendapatkan wang dari internet menggunakan akaun paypal. Saya telah menerima banyak email dari newbie (org baru) yang ragu-ragu untuk register dengan paypal. Kebanyakannya takut wang dari kad kredit@debit mereka akan dipotong dengan banyak oleh pihak paypal. Sebenarnya anggapan mereka tu salah.

Pihak paypal hanya memotong sekali sahaja wang dari kad kredit atau kad debit anda iaitu sebanyak $1.95 USD. Duit tersebut kemudiannyaakan dipindahkan ke akaun paypal anda. Jadi pihak paypal sebenarnya tak mengambil satu sen pun daripada duit anda. mereka hanya melakukan pemindahan dan mencatatkan butiran peribadi anda. Sekiranya anda takut menggunakan kad kredit, gunakanlah kad debit. Ia lebih selamat.. macam prepaid. Jadi anda hanya belanja apa yg anda ada.

Untuk mendapatkan kad debit ini, saya cadangkan anda dapatkan debit kad visa dari public bank dan juga kad debitAmbank NextG dari Ambank. Macam mana nak apply? Ada beberapa cara tapi lebih elok jika anda ke bank tersebut dan bertanya sendiri kepada customer service officer.

BERITA BAIK UNTUK ANDA. Beberapa tahun dahulu duit dari akaun paypal tidak dapat dipindahkan di mana-mana akaun bank di Malaysia. Oleh itu ramai usahawan internet Malaysia termasuk saya sendiri terpaksa membuka akaun bank US dan Singapore untuk mengeluarkan wang dari akaun paypal. Tetapi sekarang anda tidak perlu melalui pengalaman perit seperti yg kami lalui. Pada bulan Ramadan yang lepas pihak paypal telah menyediakan satu pilihan bayaran yang baru di mana wang dari paypal boleh dipindahkan terus ke debit card anda. Itu memang satu berita gembira untuk semua usahawan internet Malaysia. Oleh itu jangan berlengah lagi.. dapatkan debit card VISA daripublic Bank ataupun debit card Ambank Next G. Kemudian dapatkan satu akaun paypal di https://www.paypal.com

SEMOGA ANDA BERJAYA Ikhlas dari MOHD ZAKI

Dapatkan panduan membuat blog PERCUMA sambil menghasikan wang sampingan dgn google adsense. Hanya RM25 di http://www.wangblog.com dapatkan panduan menghasilkan wang sampingan melalui teknik mudah yang biasa dilakukan oleh internet marketer. Hanya RM10 di http://www.tekniksimple.com/

No comments: