Thursday, November 15, 2007

Strategi Affiliate

Menambah Bonus Anda Sendiri!

Jika anda biasa dengan sesuatu pelancaran produk-produk baru Internet Marketing dari nama-nama besar, pastinya pada minggu pelancaran tersebut peti emel anda tidak henti-henti menerima tawaran bonus dari affiliate-affiliate yang mempromosikan produk yang sama.

Sebagai contoh baru-baru ini pelancaran produk Mike Filsame : The7FigureCode. Anda mungkin tidak terlepas dari emel-emel yang menyatakan bonus-bonus mereka jika anda membeli produk Mike tersebut melalui link affiliate mereka, kan?
Jadi, satu pengajaran dari situasi yang berlaku di atas adalah;

“Gunakan kreativiti anda dengan menambah bonus-bonus khas dari pembelian melalui link affiliate anda!”

Tips: Jangan berikan bonus yang ‘biasa-biasa’ anda lihat di mana-mana. Berikan sesuatu yang betul-betul istimewa untuk pembelian melalui link affiliate anda.

Anda tiada idea nak bagi bonus apa?
Ok, saya akan bagi contoh bagaiamana untuk menjadikan bonus anda istimewa:

1. Anda adakan temuramah khas bersama penjual (di dalam kes ini, sayalah tu, hehe), jadikan ianya dalam bentuk mp3. Temuramah yang anda lakukan biarlah selari dengan topik produk yang anda promosikan tersebut. Janganlah produk pasal perniagaan internet, anda temuramah penjual produk tersebut bercerita pasal gosip beliau dengan Erra Fazira (contoh) pula ya!

2. Berikan servis percuma. Contoh servis installation blog secara percuma sebagai bonus pembelian dari link affiliate anda. Atau servis percuma mereka bentuk design laman web untuk pembelian melalui link affiliate anda.

3. Cipta produk anda sendiri. Mungkin anda boleh menulis ebook pendek yang berkaitan dengan produk yang anda promosi, dan jadikan ianya bonus.

4. Dan banyak lagi, anda cuba fikirkan sesuatu bonus yang unik yang dari lain yang akan menyebabkan prospek membeli SistemRahsia melalui link anda dan bukan melalui link si marketer A.

Get the idea? Ok, let’s rock and roll! Tawarkan bonus anda untuk sweeten the deal!
Demi kejayaan pemasaran affiliate anda!

Amirul FaisyalAffiliate Manager,SistemRahsia.com
*********************************

Laman Pengiklanan Percuma!

Terdapat banyak laman web yang menawarkan pengiklanan percuma di Malaysia. Salah satunya adalah seperti diabawah:

http://www.webportal.com.my/classifieds/

Anda boleh mencari laman-laman pengiklanan percuma yang lain dengan melakukan carian di enjin carian seperti Google.com.my, dengan menggunakan kata kunci (keywords) seperti:

free classifieds

iklan percuma

percuma iklan …

dan kata kunci yang lain yang berkaitan. Namun, untuk teknik ini, ia mungkin memakan sedikit masa anda untuk melakukan carian laman web dan juga membuat posting. Jika anda mempunyai masa yang terluang, anda mungkin boleh mencuba teknik ini.


Gunakan Nama Domain Yang Hampir Seakan Nama Domain Produk Sebenar!

sumber:-

http://sistemrahsia.com/affiliate/tips-pemasaran-affiliate-2-gunakan-nama-domain-yang-seakan-akan-domain-produk-sebenar/

Sebagai contoh, jika anda sedang mempromosikan produk SistemRahsia, anda boleh membeli nama domain yang hampir sama dengan nama domain SistemRahsia.com seperti Sistem-Rahsia.com, SistemRahsiaSaya.com , Sis-TemRahsia.com, SistemRah-sia.com, dan pelbagai lagi (cepat ya kalau nak beli, nanti terlepas! )

Anda boleh membeli nama domain anda di NameCheap.com

Bagi saya NameCheap.com merupakan laman pendaftar nama domain terbaik di dunia with its world class control panel. Dan tips untuk jimat di NameCheap.com, gunakan kupon. Anda boleh mencari kupon NameCheap di Google.com dengan menaipkata kunci “NameCheap Coupon“.

Setelah anda mendaftar nama domain tersebut, point nama domain tersebut ke server webhosting anda. Contoh untuk Control Panel NameCheap seperti di bawah:

Pilih My Account >> Manage Domains >> Modify Domain

Kemudian pilih “Domain Name Server Setup” (kotak hijau muda), kemudian isikan nama server anda (boleh didapati semasa anda mendapat pengesahan bayaran pembelian hosting anda). Lihat contoh di kotak biru.
Setelah anda siap melakukan pointing ke server webhosting anda, anda boleh pergi ke CPanel webhosting anda(harus diingat proses ini mengambil sedikit masa, mungkin sehari atau lebih).
Pilih “Addon Domains” seperti dalam rajah dibawah:
Seterusnya anda akan pergi ke laman seperti rajah di bawah:
*Pastikan nama domain anda telah di’point’ ke server web hosting anda dahulu sebelum melakukan aktiviti ini. (lihat kotak merah).
Masukkan details seperti yang diminta (kotak biru).
Kemudian, setelah selesai proses mengisi nama domain anda, pergi ke bawah untuk set up redirect domain anda tersebut (kotak merah).
Pilih nama domain anda dan klik “Setup Redirection”. Anda akan pergi ke laman seperti di bawah:
Masukkan link affiliate SistemRahsia anda di bahagian kotak merah tersebut dan klik “Save”.

Siap!
Dan kini link Sistem-Rahsia.com anda (contoh) akan diredirect ke link SistemRahsia.com saya melalui link affiliate anda!


Ok, straight to the point. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda satu teknik teguh yang akan meyakinkan pelawat anda untuk klik sekaligus membeli dari link affiliate anda!
Teknik Teguh Affiliate SistemRahsia Pertama: Menulis Review Yang Jujur Mengenai SistemRahsia v. 2.0 Yang Anda Beli.
Secara jujurnya, teknik ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mempromosikan produk SistemRahsia v.2.0, malah untuk semua produk yang mempunyai program affiliate.
Menulis satu review yang jujur berkaitan produk yang anda beli.
Teknik menceritakan pengalaman anda menggunakan produk itu sendiri tidak dapat ditandingi dengan mana-mana teknik pemasaran affiliate yang lain.
Teknik ini sebenarnya akan menonjolkan keyakinan anda menggunakan produk tersebut yang dilahirkan melalui penulisan review anda.
Sebagai contoh, anda akan mempunyai banyak kelebihan jika anda menulis review setelah anda sendiri mencuba produk tersebut berbanding anda menulis review tanpa mencuba dahulu produk yang anda review itu.
Tak percaya?
Lihat contoh ayat review di bawah;
“Bahagian yang paling mengujakan saya di dalam ebook SistemRahsia v 2.0 adalah di muka surat 56, di mana Amirul sendiri telah membongkarkan satu sistem yang anda tidak akan jumpa di mana-mana ebook sekalipun, samada ianya berbahasa Inggeris mahupun bahasa Malaysia. Bla.bla.bla.
Anda nak tahu apa rahsia di mukasurat 56 itu? Dapatkanlah segera disini [link affiliate anda]”
…cuba anda fikirkan, jika anda tidak menggunakan/membeli ebook SistemRahsia v.2.0, bolehkah anda menulis ayat review sedemikian? Tidak, kan?
Inilah kelebihan apabila anda menulis sesuatu review untuk sesuatu produk setelah anda sendiri membeli dan mencubanya dahulu. Anda bukan saja boleh menulis hint-hint di mukasurat 56, di mukasurat lain pun anda boleh tulis.
Ceritakan pengalaman anda semasa menggunakan produk tersebut. Apa faedah yang pembaca anda akan terima jika mereka membeli produk tersebut berdasarkan pengalaman anda.
Jadikan pengalaman anda tersebut sesuatu yang ’sensasi’ yang akan menarik pembaca anda untuk klik pada link affiliate anda dan terus membeli tanpa perlu membaca surat jualan lagi.
Jadi, untuk menulis review yang ummph! dan berkesan, saya nasihatkan anda supaya membeli dahulu produk tersebut, cuba dan rasai pengalaman yang anda dapat darinya, dan barulah anda mula menulis review anda.“Hm…bunyinya saya kena beli ebook SistemRahsia v.2.0 dulu lah ya, Amirul?”
Jawapan saya: Ya atau Tidak.
Ya: Jika anda mempunyai bajet yang cukup untuk mendapatkan SistemRahsia yang berharga RM50ini, belilah dahulu, rasai pengalaman ‘ilmu’ SistemRahsia dan ianya akan membantu anda dalam menulis review anda.
Tidak: Jika anda tidak mempunyai bajet untuk membeli SistemRahsia v.2.0, jangan beli dahulu, buatlah promosi cara lain, jangan gunakan teknik menulis review ini, terdapat banyak lagi teknik-teknik pemasaran affiliate yang akan diajar di sini. Dapatkan hanya 2 jualan dan anda boleh membeli SistemRahsia v.2.0 dan mula menulis review anda.
Justeru, saya tidak akan memaksa anda untuk membeli SistemRahsia v.2.0 ini, tetapi bagi saya teknik review sebeginilah teknik yang sangat baik untuk mendapatkan jualan melalui link affiliate anda.
Oh ya, sebelum terlupa, anda boleh menulis review ini di blog anda, atau membina satu laman khas untuk menulis review ini. Contoh terbaik untuk review di laman khas adalah dari review Kidino untuk X-SitePro. Anda boleh lihatnya di sini:
http://moneyclicking.net/xsitepro-review.htm
…dan untuk menggunakan blog untuk menulis review, anda boleh lihat contoh saya sendiri yang menulis review forum Robert Puddy:
http://sistemrahsia.com/blog/2007/07/03/forum-pilih-dan-berhati-hati/
OK, cukup untuk hari ini, moga anda mendapat idea baru untuk mempromosikan affiliate SistemRahsia v.2.0 ini.
Jumpa lagi di tips seterusnya!
Amirul Faisyal,Pengurus affiliate,SistemRahsia.com

No comments: