Saturday, November 10, 2007

Kejayaan Program Affiliate

Apa khabar semua? Moga ceria hari ni, kalau tak ceria, ada masalah, ia normal. Atasi lah masalah itu dengan sebaik-baiknya. Salah satu cara, bacalah buku motivasi dan cerita-cerita kejayaan mereka yang telah berjaya. Itulah cara saya, masa semangat kurang atau energy motivasi itu di tahap rendah, saya akan membaca buku motivasi. Minggu ini sahaja, saya telah membeli beberapa buah buku untuk memantapkan lagi ‘isi dalaman’ saya agar semakin mantap. Nak berjaya, ilmu kena tambah.
Baiklah, kembali kepada topik, saya ulang balik mengenai program affiliate bagi Pakej Ebook Kit Blogger saya. Buat masa kini, sudah seramai lebih kurang 160 orang yang menjadi agen bagi program affiliate ini. Dan komisen terkini yang tertinggi adalah RM45 (hanya 3 jualan ebook!). Lain-lain hanya mengumpul RM15 sahaja.
Anda perlu tahu, untuk buat duit melalui program affiliate ATAU dalam erti lain menjadikan prospek anda membeli melalui link affiliate anda, BANYAK perkara berkaitan yang perlu diketahui:
1. Sales letter mempunyai conversion rate (CR) yang baik. Buat masa sekarang, nilai CR sales letter ebook saya agak tinggi juga. Sebagai info untuk anda, saya menggunakan pelbagai teknik pada laman web jualan tersebut. Nilai conversion rate yang paling kurang (standard) dan kira dah ok adalah 1%, iaitu daripada 100 pelawat, 1 orang akan beli. Anda perlu tahu hakikat ini. Jika 100 orang yang anda bawa dan 1 orang beli, ia adalah perkara normal. InsyaAllah, saya akan cuba pertingkatkan CR web jualan saya itu.2. Kekerapan dan teknik promosi anda. Jika anda hanya mempromosikan hanya sekali melalui cara tertentu, anda perlu melakukan berulang kali. Ingat, JANGAN spam yer. Teknik yang digunapakai juga mesti efektif dan ber-variasi.
3. Kesungguhan anda. Ya, walaupun produk yang anda promosikan bukan produk anda sendiri, program affiliate adalah salah satu cabang perniagaan internet. Anda mesti menganggap anda adalah separuh atau sebahagian daripada entiti yang terlibat bagi produk ini, baru anda ada ‘keghairahan’ dan kesungguhan dalam usaha promosi.
Itu sahajalah tip dan perkongsian saya pada hari ini. Ia juga boleh digunapakai untuk produk anda sendiri atau program affiliate yang lain.
Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membuat duit melalui program affiliate ini. Komisen begitu berbaloi: RM15 untuk satu sale ebook! Bonus bulan ini adalah, jika anda buat sale sebanyak 10 buah ebook, saya akan berikan RM50 bonus kepada anda.
Daftar sekarang di http://bloggingsteps.com/kit/agen
Wassalam.
PS. Kepada affiliate (agen) atau bakal agen untuk program affiliate ini, SILA berikan maklumat yang lengkap terutama nama, emel dan NO. AKAUN BANK anda. Nanti susah saya nak masukkan duit komisen untuk anda, hehe..

No comments: