Friday, November 9, 2007

RSS?

Apa Itu RSS?

RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary.

Apakah kegunaannya? Bagaimana cara menggunakannya?

RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). RSS memang best jika anda menggunakannya. Salah satunya adalah, ia amat berguna bagi anda jika anda banyak buah blog yang perlu anda lawati setiap hari. Katakan anda ada 20 buah blog yang selalu dibaca, maka mungkin sebelum ini anda perlu menaip di browser untuk masuk ke satu-satu blog bagi melihat ada ke tidak artikel baru di blog itu, tetapi dengan RSS anda tidak perlu melakukan cara ‘manual’ itu lagi.
RSS adalah teknologi dan untuk pengaplikasian teknologi ini, maka salah satu aplikasi yang diguna ramai adalah RSS Reader.

RSS Reader

Ia terdiri daripada dua bentuk iaitu secara Web dan juga pasang (install) di komputer. Di sini saya akan tunjukkan anda menggunakan RSS Reader Google dan WebClip yang di emel Gmail anda (sambil baca emel, akan keluar tajuk artikel dari blog kegemaran anda di ruang atasnya).
Biar saya memberikan analogi agar anda faham mengapa perlu menggunakan RSS Reader.

Katakan sebelum ini anda membeli 3 akhbar sekaligus dan anda membelinya secara sendiri, iaitu pergi ke kedai. Tapi, selepas itu anda telah menggunakan khidmat agen penghantar akhbar terus ke rumah anda. Maksudnya, maklumat yang anda perlukan terus sampai ke rumah tanpa perlu anda pergi mendapatkannya sendiri.
Begitu juga dengan RSS Reader, ia akan memaparkan tajuk artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Anda tidak perlu pergi ke satu demi satu blog untuk melihat adakah blogger terbabit telah menulis artikel baru atau tidak. Cukup hanya tunggu RSS Reader memaparkan tajuk-tajuk terbaru terus dari blog kesukaan anda itu.

Di RSS Reader, bergantung kepada setting penulis di blog itu, anda mungkin akan dipaparkan separuh atau seluruh tulisan artikel tersebut. Jika separuh, maka anda perlu pergi juga ke blog tersebut untuk membaca ‘baki’ tulisan yang lain dan begitu juga jika anda ingin memberikan komen, maka anda perlu ke blog itu terus.

Bagaimana mahu menggunakan RSS Reader Google? Mudah sahaja…

1. Masuk ke http://google.com/reader
Jika anda telah Login, anda akan terus dibawa ke bahagian aplikasi RSS Reader. Jika belum Login, anda perlu login melalui username dan password akaun Google anda.

2. Klik pada menu Add subscription:

3. Masukkan URL RSS Feed bagi blog kegemaran anda.

Ops, bagaimana nak tahu URL RSS atau secara spefisiknya dipanggil Feed URL?
Mudah sahaja, antara caranya adalah, jika blog kegemaran anda itu menggunakan Wordpress, maka hanya letakkan /feed di hujung URL blognya. Contohnya blog SmartUsaha ini URL-nya adalah http://blog.smartusaha.com, jadi feed URL adalah http://blog.smartusaha.com/feed. Cara lain adalah, biasanya blogger (tuan milik blog) akan meletakkan button berwarna oren atau link yang menyatakan ‘Subscribe Our RSS’

sambungannya di :

http://blog.smartusaha.com

:-)tyrbj

No comments: