Friday, November 9, 2007

Program Affiliate

Apakah itu program affiliate?

Program affiliate adalah satu program di mana pengeluar produk berkerjasama dengan agen untuk menjual produk mereka. Sebagai balasan agen akan memperolehi komisyen dari pengeluar produk untuk setiap barangan yang dijual. Komisyen dibayar berdasarkan harga barangan yang dijual. Biasanya komisyen dibayar (40% hingga 80% daripada harga produk)antara syarikat yang menyediakan program ini adalah Clickbank, Amazon, Share sale, Commision juction dan banyak lagi.

Bagaimana untuk menyertai dan apa yang perlu dilakukan?

Untuk menyertai program ini, anda perlulah signup dengan syarikat pengeluar produk. Kemudian, apa yang perlu anda lakukan hanyalah promosi. Bukan promosi telefon atau perlu jumpa orang? Apa yang perlu anda lakukan adalah pasang sahaja banner atau affiliate link syarikat tersebut di website/blog kita. Kalau ada pengunjung yang klik pada banner atau affiliate kita, dia akan dibawa terus ke website syarikat pengeluar produk.Sekiranya dia membeli barangan tersebut, secara automatik kita akan dapat komisyen seperti yang telah dijanjikan oleh pengeluar produk. Untuk berjaya dalam program ini memerlukan kemahiran tetapi tidaklah susah sangat. Ada trick. Saya sarankan anda dapatkan panduan supaya anda tidak membuang masa mengkaji sendiri tanpa sebarang bimbingan. Pilihlah sebarang ebook samada yang tempatan ataupun yang luar negara, yang penting dapat membimbing anda dan memberi panduan yang lengkap dengan kejayaan program affiliate anda.

No comments: